Saudara Bekas Ketua Pemuda MIC Ditembak Di Kajang

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang lelaki yang ada hubungan saudara dengan bekas ketua pemuda MIC Hulu Langat cedera parah dalam satu insiden berbalas tembakan antara kumpulan dekat sebuah lampu isyarat di Jalan Reko di sini pada Isnin.

Dalam insiden tersebut, difahamkan dua lelaki yang menunggang motosikal menghampiri kereta jenis Honda Accord milik mangsa kira-kira pukul 12.50 tengah hari dan melepaskan enam tembakan ke arahnya.

Mangsa berusia awal 30-an dihantar oleh ahli keluarganya ke sebuah hospital berdekatan.

Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Abdul Samah Mat mengesahkan insiden tersebut.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh. 

Bagaimanapun, polis enggan mendedahkan kumpulan yang terlibat dalam insiden tembakan tersebut.

Tags / Kata Kunci: tembakan , Kajang

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan