Mangsa Terjun Dari Kereta Bekas Suami Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 11:00 PM

Rosniza yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Februari lepas meninggal dunia petang Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Wanita yang terjun dari kereta bekas suaminya dan kemudian dilanggar sebuah kereta lain pada 26 Februari lepas meninggal dunia petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan berkata Rosniza Fadzil, 30, meninggal pada pukul 4.06 petang di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Beliau berkata kes tersebut akan siasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai tukang masak di Kepala Batas dekat sini koma akibat cedera di kepala dan badan dalam kejadian di Bukit Pinang.

Dia dikatakan sedang menunggang motosikal untuk ke tempat kerjanya sebelum dilanggar dari belakang oleh bekas suaminya sebelum dia ditarik masuk ke dalam kereta tersebut.

Mangsa yang cuba melepaskan diri dikatakan melompat keluar sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.

Pihak polis menahan bekas suaminya di Baling tiga hari lepas.

Menurut kakak mangsa, Rosliza, 35, adiknya kerap digangu bekas suaminya selepas mereka bercerai buat kali ketiga akhir tahun lepas.

Jenazah mangsa akan dikebumikan di Bukit Pinang awal pagi Selasa.

Mangsa mempunyai dua orang anak lelaki berumur lima dan 11 tahun.
Tags / Kata Kunci: terjun , kereta , bekas suami , meninggal dunia

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan