Gaji Punca Bekas Pekerja Bunuh Majikan - Berita Jenayah | mStar

Gaji Punca Bekas Pekerja Bunuh Majikan

Diterbitkan: Isnin, 2 Mac 2015 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Anak saudara lelaki bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee terbunuh akibat diserang bekas pekerjanya di timur daerah Lahad Datu, Ahad.

Mangsa, Darren Kong mati akibat dikelar berulang kali di kepala, leher dan tangan dalam kejadian pukul 5 petang di Asia Cafe milik mangsa.

Kejadian berlaku pada hari lahirnya yang ke 36.

Ketua Polis Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamza Ahmad berkata, pihaknya menahan lelaki warga asing berusia 37 tahun, kira-kira sejam selepas kejadian itu.

Beliau berkata, lelaki yang empat tahun bekerja dengan Kong bersemuka dengan majikannya berhubung isu gaji.

"Berlaku pertengkaran dan suspek mengeluarkan pisau mata lebar dan menyerang Darren menggunakan senjata itu.

"Kami memohon reman tujuh hari terhadap suspek untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Saksi memberitahu, ibu Kong, Yong Tet Moi berada di premis berkenaan ketika kejadian dan bertindak melemparkan kerusi kepada suspek apabila melihat anaknya diserang.

Kong dikatakan dapat melarikan diri daripada suspek hingga ke hadapan premis itu sebelum rebah.

Tags / Kata Kunci: Darren Kong , Hamza Ahmad , Lahad Datu
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan