Isteri Anggota Sukarelawan Polis Maut Dikelar

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 5:09 PM

(Ubah saiz teks)

GUA MUSANG: Isteri kepada seorang anggota sukarelawan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang maut akibat dikelar di leher oleh penjenayah yang dipercayai cuba menyamun rumahnya di Kampung Batu Papan di sini awal pagi, Ahad. 

Yashmin Fauzi, 26, yang berlumuran darah ditemui terbaring di atas jalan di hadapan rumahnya oleh suaminya Mohd Azrul Isahak, 30, kira-kira pukul 2.40 pagi.

Beliau kemudian membawa isterinya ke Hospital Gua Musang dan meninggal dunia kira-kira pukul 6.40 pagi.

"Mangsa dipercayai sedang tidur apabila rumahnya diceroboh masuk, disyaki oleh beberapa orang sebelum leher mangsa dikelar.

"Mangsa kemudiannya dipercayai diusung keluar dan ditinggalkan di atas jalan di hadapan rumahnya," kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Saiful Bahri Abdullah.

Beliau berkata motif kejadian sedang disiasat selain mengesyaki ia bermotifkan samun.

"Siasatan awal juga mendapati terdapat tompokan darah dalam bilik tidur mangsa dan dipercayai berlaku pembunuhan di situ. Suspek dipercayai mengusung keluar mangsa kerana menganggap mangsa sudah meninggal dunia.

“Kita juga dimaklumkan ketika suami mangsa pulang, mangsa masih bernyawa dan sempat menceritakan kejadian yang menimpanya sebelum dia dikejarkan ke hospital," katanya.

Beliau berkata suami mangsa yang baru memulakan tugas pada pukul 1 pagi di IPD tersebut dilaporkan merasa tidak sedap hati dengan keselamatan isterinya lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan