Polis Tahan Atendan Hospital, Pelajar Sekolah Bawa Parang

Diterbitkan: Ahad, 1 Mac 2015 7:14 PM

Mior Faridalathrash Wahid

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang atendan hospital swasta dan tiga pelajar sekolah disyaki terlibat dalam kegiatan samun selepas menahan sebuah kereta di Jalan Campbell, di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pada kejadian pukul 11 pagi itu sepasukan anggotanya yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah mengarahkan mereka berhenti kerana didapati berkelakuan mencurigakan.

"Bagaimanapun pemandu kereta jenis Proton Saga itu terus memecut namun mereka gagal meloloskan diri dan dapat diberkas beberapa kilometer dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemukan dua parang panjang yang dibalut dengan surat khabar disembunyikan di bawah tempat duduk penumpang dan empat topi kaledar bercermin gelap dipercayai digunakan untuk kegiatan samun.

Beliau berkata, kesemua suspek termasuk pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 terbabit tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 25 tahun yang cuba menyaumn sebuah rumah di Lorong Delima, Island Glades di sini, Ahad.

Beliau berkata, dalam kejadian pukul 2.37 pagi itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada penduduk setempat dan mengepung suspek.

"Suspek yang panik kemudiannya bertindak menyerang anggota polis. Akibat pergelutan itu seorang anggota kita mengalami kecederaan di bahu sebelah kiri dan retak jari kelingking kanan manakala suspek cedera ringan di telinga kiri," katanya.

Katanya polis percaya suspek yang tinggal berdekatan kawasan perumahan itu turut terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar Island Glades dan dia ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.


iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan