47 Nelayan Asing Ditahan, Peralatan Bernilai RM3.5 juta Dirampas

Diterbitkan: Sabtu, 28 Februari 2015 3:58 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kesembilan (DM 9) menahan 47 nelayan asing termasuk empat tekong yang sedang menangkap ikan secara haram di perairan negara Khamis lepas.

Laksamana Pertama Maritim, Xavier Thevandas berkata kesemua nelayan dari Vietnam itu diberkas hasil penahanan empat buah bot nelayan kira-kira 120 batu nautika dari Kuala Terengganu berhampiran pelantar minyak Duyung C.

Beliau berkata kesemua bot berkenaan ditahan sekitar pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang menerusi rondaan rutin yang dilakukan 26 anggota APMM.

"Menyedari kehadiran pihak berkuasa, tiga buah bot berkenaan cuba melarikan diri ketika dihampiri KM Segantang, bagaimanapun mereka terpaksa akur dengan arahan setelah menyedari tiada peluang untuk meloloskan diri.

"Ketika dalam perjalanan pulang ke jeti DM 9 Kuala Terengganu, kita berjaya mengesan sebuah lagi bot pukat jerut milik nelayan asing kira-kira 30 batu nautika dari lokasi pertama," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Katanya APMM merampas empat bot nelayan asing itu bersama-sama peralatan beserta hasil tangkapan bernilai lebih RM3.5 juta.

"Hasil pemeriksaan ke atas tekong dan awak-awak mendapati mereka tidak mempunyai sebarang dokumen dan kebenaran untuk menangkap ikan di perairan negara," katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas semua bot berkenaan juga menemukan hasil tangkapan pelbagai jenis ikan sebanyak 1.5 tan metrik.

Kesemua nelayan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 55 tahun itu kini ditahan reman selama 13 hari untuk siasatan sebelum pendakwaan dilakukan. 

Tags / Kata Kunci: APMM

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan