Pemandu Maut Digilis Tayar Lori Sendiri

Diterbitkan: Jumaat, 27 Februari 2015 4:56 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pemandu maut selepas digilis tayar lorinya akibat tergelincir ketika cuba memberhentikan kenderaan itu daripada melanggar sebuah warung di Jalan Besar, Felda Inas di Kulai, di sini, Jumaat.

Dalam kejadian 7 pagi itu, mangsa Rizal Osman, 37, mati di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Johor, mangsa sebelum itu memberhentikan lorinya berdekatan warung terbabit sebelum menyedari ia bergerak akibat kegagalan sistem brek.

"Mangsa cuba untuk naik semula (ke dalam lorinya) namun tergelincir sebelum terperosok ke bawah tayar lori," katanya.

Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.47 pagi, mengambil masa lebih sejam untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Tags / Kata Kunci: Pemandu , Maut , Lori

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan