Harimau Akar Ditemui Merayau Di Tapak Pembinaan Di Butterworth - Berita Jenayah | mStar

Harimau Akar Ditemui Merayau Di Tapak Pembinaan Di Butterworth

Diterbitkan: Khamis, 26 Februari 2015 6:26 PM

Harimau akar yang ditemui berkeliaran di Butterworth dihantar ke Zoo Taiping.

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seekor harimau akar dewasa ditemui di sebuah tapak pembinaan di Sungai Dua, di sini, Rabu.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd Shoki Hamzah berkata, harimau itu dilihat merayau-rayau di kawasan pembinaan tersebut oleh pekerja tapak pembinaan berkenaan.

Harimau itu ditangkap oleh pekerja rakyat asing tapak pembinaan itu dan diserah kepada bomba, katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

"Badan haiwan itu agak kurus dan dipercayai kelaparan menyebabkan ia begitu berani muncul di kawasan terbuka," katanya.

Harimau akar itu dihantar ke Zoo Taiping.

Tags / Kata Kunci: harimau akar , Butterworth , Zoo Taiping

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan