OKT Maut Jatuh Bumbung Flat

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 5:21 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang orang kena tuduh (OKT) ditemui mati selepas terjatuh dari bumbung sebuah flat empat tingkat di Ipoh Timur pagi, Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supritendan Ahmad Termizi Abd Haq berkata, mayat  Hew Ken Keong, 36, atau dikenali sebagai Ah Keong ditemui dengan kesan kecederaan pada seluruh badan kira-kira pukul 10.30 pagi.

Beliau berkata, lelaki itu sepatutnya hadir ke mahkamah pagi tadi bagi satu pertuduhan berkaitan samun berkumpulan menggunakan parang.

"Mangsa dipercayai naik ke bumbung flat sebelum bertindak terjun ke bawah dan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut," katanya.

Mayat dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.

Dalam kes lain, seorang wanita warga China maut dipercayai akibat disamun dan dibunuh di sebuah rumah kedai di Lorong Bercham 4 di sini Ahad lepas.

Ahmad Termizi berkata, mangsa yang beumur 66 tahun merupakan pemilik kedai kopi ditemui dengan kesan kecederaan di kepala dan muka di atas lantai rumah kedai tersebut.

Tags / Kata Kunci: OKT , Ah Keong , Ahmad Termizi Abd Haq , Ipoh

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan