Kereta Rasmi Kerajaan Hilang - Berita Jenayah | mStar

Kereta Rasmi Kerajaan Hilang

Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 9:57 AM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah kereta yang digunakan Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zainudin Yaacob dilaporkan hilang di Kajang.

Difahamkan kereta jenis Proton Inspira, sebuah kereta rasmi milik kerajaan, dipercayai dicuri di hadapan rumah Zainuddin di Taman Prima Saujana, kira-kira pukul 6.20 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab mengesahkan insiden tersebut dan berkata beliau difahamkan kereta tersebut kemudiannya ditemui di Seremban.

Katanya, polis masih menunggu laporan mengenai penemuan tersebut untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.
Tags / Kata Kunci: Inspira , hilang
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan