Pemandu Jentolak Maut Ditimbus Tanah Runtuh

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 8:14 PM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Seorang pemandu jentolak maut apabila bukit yang sedang diratakannya runtuh di Kampung Darulaman, Jalan Tunku Bendahara pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Abdullah Arshad berkata mangsa berumur 72 tahun dan berasal dari Pulau Pinang dipercayai lemas di bawah timbunan tanah dalam kejadian 9.30 pagi itu.

"Beberapa pekerja lain dilapor menyedari kejadian itu apabila jentera tersebut didapati terus berbunyi tetapi tiada pemandu di atasnya," katanya.

Sementara itu Unit Pemusnah Bom meletupkan sebutir bom seberat 30 kg dipercayai tinggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui penduduk Kampung Sedim sebelum itu.

Tags / Kata Kunci: Kulim , Jentolak

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan