Pelajar Kolej Ditemui Mati Selepas Dipaksa Berkahwin

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 7:10 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang pelajar kolej ditemui mati selepas dipercayai membunuh diri di dalam tandas Pejabat Daerah Keningau pada selasa.

Mangsa yang berusia 20 tahun dan sedang menjalani latihan di pejabat daerah itu ditemui terlantar dengan kesan darah oleh rakannya pada pukul 8.30 pagi.

Mangsa yang tiba di bangunan tersebut pada pukul 8 pagi dikatakan telah ke tandas tanpa sempat memulakan latihan.

Bagaimanapun rakannya yang curiga dengan keadaan mangsa telah cuba memanggil gadis itu selama setengah jam sebelum terlihat darah.

Difahamkan, gadis tersebut bertindak membunuh diri selepas dipaksa berkahwin.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Keningau, Supritendan Douglas Nyeging Taong berkata, pihaknya masih menyiasat punca kematian mangsa dan kejadian tersebut.

Identiti mangsa bagaimanapun tidak didedahkan setakat ini.

Tags / Kata Kunci: Kota Kinabalu , Bunuh Diri

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan