Banduan Lari Dari Penjara Kluang Ditahan Semula

Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Banduan warga Indonesia yang melarikan diri ketika mengemas peralatan khemah dalam stor Jabatan Penjara Kluang, ditahan semula di ladang kelapa sawit Kahang Barat, tengah malam Isnin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kluang, ASP Mohamed Sazif Mohamed Subri berkata banduan berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 12.50 tengah malam sewaktu sedang bersembunyi di kawasan itu.

"Tempat dia bersembunyi itu hanya berjarak 10 kilometer dari Jabatan Penjara Kluang dan dia ditemui dalam keadaan hanya memakai seluar panjang, manakala baju penjaranya yang berwarna hijau pula sudah dibuang," katanya.

Berikutan itu, polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melarikan diri daripada tahanan serta kecuaian mengakibatkan tahanan melarikan diri.

Kehilangan banduan yang berketinggian 157 cm itu, disedari pegawai penjara kira-kira pukul 10 pagi Isnin dan ekoran itu, usaha untuk mengesannya giat dijalankan di setiap pintu masuk dan keluar daerah termasuk di terminal pengangkutan awam.

Tags / Kata Kunci: Kluang , Penjara

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan