Rafizi Dipanggil Ke Bukit Aman Rakam Keterangan

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 9:09 PM

Mohd Rafizi Ramli

Rafizi Ramli.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948, kira-kira pukul 2 petang Isnin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh mengesahkan perkara itu di sini pada Isnin. 

Menurutnya, Mohd Rafizi, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), diambil keterangan berhubung kenyataan beliau yang dimuatnaik dalam akaun Twitter miliknya baru-baru ini yang dipercayai berbaur hasutan terhadap institusi kehakiman negara. 

Sementara itu, Mohd Rafizi yang ditemui media di luar Ibu Pejabat Polis itu selepas memberi keterangannya berkata beliau menerima notis untuk dipanggil bagi merakam percakapan beliau pada 18 Februari lepas oleh seorang Inspektor yang mengendalikan kes tersebut.

Katanya, beliau hadir pada Isnin susulan kelapangan masa selepas cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
Tags / Kata Kunci: Rafizi Ramli , Akta Hasutan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan