83 Saman, 44 Notis Dikeluarkan Dalam Ops Bersepadu

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sejumlah 83 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Batu Uban dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu Cina di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini Ahad malam.

Ketua Cawangan JPJ Batu Uban Mahazir Abdul Majid berkata sebanyak 550 kenderaan diperiksa dan 56 daripadanya diambil tindakan dengan 80 peratus melibatkan motosikal dalam operasi bermula pukul 8 malam hingga 12 tengah malam itu.

"Tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tidak mempamer pelekat kenderaan menjadi antara kesalahan lazim yang dikesan," katanya ketika ditemui pemberita dalam operasi itu.

Beliau berkata cawangan polis trafik negeri mengeluarkan 44 notis atas pelbagai kesalahan termasuk bagi kes mengubah suai ekzos kenderaan serta menggunakan lampu dan plat yang tidak mengikut spesifikasi.

Mahazir berkata pihaknya turut menyita sebuah 'box van' milik rangkaian restoran dan katering terkenal di negeri ini kerana menggunakan khidmat pemandu tidak berlesen.

Beliau berkata lelaki rakyat India berusia 27 tahun terbabit memberi alasan bahawa dia hanya menggantikan rakan sekerjanya yang bercuti.

"Mereka dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan ke Bayan Baru dan lelaki itu telah melakukan dua kesalahan iaitu tidak mempunyai lesen memandu dan tiada lesen membawa kenderaan barangan," katanya.

Tags / Kata Kunci: Polis , JPJ

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan