Tukang Jahit Jumpa Bom Mortar Di Belakang Kedai

Diterbitkan: Isnin, 23 Februari 2015 8:12 PM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Seorang tukang jahit menemukan sebutir bom lama dipercayai jenis Mortar di belakang kedai miliknya di Kampung Wakaf Merah di sini, Isnin.

Wan Mawardi Wan Mohamad, 31, berkata beliau menemukan bom berkenaan ketika sedang melakukan kerja pembersihan di kawasan belakang kedainya pada kira-kira  10 pagi.

"Ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan di belakang kedai, saya menemukan satu objek yang berada dalam keadaan tertanam.

"Pada mulanya saya ingatkan objek itu adalah ekzos motosikal, saya kemudiannya mengangkat objek tersebut dan mendapati ia adalah sebutir bom," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Wan Mawardi berkata beliau kemudiannya menghubungi pihak polis untuk memaklumkan mengenai penemuan itu.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Halilludin Rahim ketika dihubungi berkata bom tersebut diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan untuk tindakan lanjut.
Tags / Kata Kunci: bom mortar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan