Polis Tahan Fariz, Adam Adli Cetus Ucapan Provokasi

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 10:49 PM

Adam Adli Abd Halim

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua individu termasuk aktivis pelajarditahan polis ketika mengadakan perhimpunan bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan sebuah pusat membeli-belah, Sabtu.

Mereka ialah Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fariz Musa dan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Adam Adli Abd Halim.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata dalam kejadiankira-kira pukul 4.10 petang itu, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kekecohan yang ditimbulkan dalam perhimpunan dipercayai dianjurkan oleh kedua-dua individu berkenaan.

"Ketika sampai di lokasi kejadian, polis mendapati sekumpulan penyokong itu melaungkan reformasi sambil memegang kain rentang hitam bertulis lawan tetap lawan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya beberapa orang termasuk kedua-dua individu terbabit turut menyampaikan ucapan provokasi dalam perhimpunan haram itu.

Zainol berkata kedua-dua mereka ditahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun menyalahi undang-undang.

Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekal kansabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.    

Anwar kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor. 

Tags / Kata Kunci: Lawan tetap lawan , Fariz Muda , Adam Adli

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan