Anak Anggota Polis Mati Ditembak Di Sungai Siput

Diterbitkan: Sabtu, 21 Februari 2015 2:16 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Anak seorang anggota polis mati ditembak pada bahagian lengan kiri, bahu kanan, pipi kiri serta belakang kepala di tempat letak kereta di kediamannya di Lorong Lapan, Taman Tun Sambanthan dekat Sungai Siput di sini, Jumaat malam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, dalam kejadian pada pukul 12.30 tengah malam, lelaki berusia 28 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas terkena empat das tembakan.

Beliau berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian daripada bapa mangsa yang terdengar bunyi tembakan di hadapan rumahnya.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang ketika itu menaiki kereta seorang diri dipercayai ditembak dengan beberapa das tembakan ketika turun dari kereta hendak masuk ke rumah," katanya dalam kenyataan, Sabtu.

Bapa kepada mangsa yang tidak bekerja itu merupakan anggota polis di Balai Polis Khantan Baru di sini.

Wan Jamil berkata, polis menemui lima kelongsong peluru jenis 9mm dan dua butir peluru di tempat kejadian, manakala dompet serta dua telefon bimbit milik mangsa masih berada dengannya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat, katanya.

Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat, termasuk mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan