SU Agung PSM Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 11:53 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Arutchelvan dibebaskan dari Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 5.40 petang, Jumaat.

Terdahulu permohonan untuk menahan reman Arutchelvan selama empat hari ditolak oleh Mahkamah Majistret.

Pada Khamis polis menahan Arutchelvan di rumahnya di Kajang dan merampas komputer, modem dan telefon bimbitnya.

Beliau telah dilaporkan memuatnaik posting di laman Facebook dengan mengkritik sistem kehakiman berhubung keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tags / Kata Kunci: Arutchelvan , PSM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan