Bot Terbalik: Dua Nelayan Hilang Ditemui Lemas

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Dua nelayan yang hilang selepas bot mereka  terbalik akibat dipukul ombak di Pancang Gombang, Kuala Gula berhampiran Rumah Api Kuala Gula dekat Kuala Kurau di sini, Khamis, ditemui lemas Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Perak Hasrin Hasbi berkata mayat Muhammad Farid Hussin, 35, dari Kuala Gula ditemui pada 8.20 pagi manakala mayat warga Indonesia Patahhul Karim, 27, ditemui  pada 10.34 pagi tadi.

"Kedua-dua mayat ditemui terapung dengan mayat Muhammad Farid ditemui di perairan menghala utara manakala mayat Patahhul arah ke selatan," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Parit Puntar untuk bedah siasat.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat itu, yang bermula semalam, melibatkan 28 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau, Selama, Bagan Serai, Parit Buntar dan Pasukan Penyelamat Dalam Air dari Kuala Kangsar serta Ipoh.

"Operasi dijalankan selama 24 jam dan sebanyak lima bot digunakan untuk mencari mangsa," katanya. 

Semalam, pihak bomba menerima maklumat mengenai tiga daripada empat bot nelayan terbalik pada 7.40 pagi.

Ketika kejadian, nelayan terbabit sedang memunggah pukat dan  angin kuat menyebabkan bot mereka dipukul ombak sebelum terbalik.

Empat bot berkenaan dinaiki enam nelayan tetapi dua daripada mereka lemas.
Tags / Kata Kunci: bot terbalik , nelayan lemas

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan