Lelaki Warga Asing Cedera Parah Ditetak Dan Ditikam

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 2:52 PM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Seorang lelaki dipercayai warga asing cedera parah selepas ditikam dan ditetak oleh beberapa suspek dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Chain Ferry di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata mangsa, yang dipercayai berusia awal 20-an, ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada 1 pagi sebelum menghubungi ambulans.

"Pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) menghubungi polis untuk memaklumkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam. 

"Ketika polis sampai di hospital, mangsa telah dibawa ke bilik pembedahan untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang kritikal serta tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata berdasarkan maklumat daripada doktor yang merawat mangsa,  lelaki itu cedera akibat ditikam di bahagian perut sehingga ususnya terkeluar.
 
Abdul Rahman berkata pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan tetak di bahagian belakang badan dan rusuk kiri serta pendarahan dalaman akibat dipukul.

Mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang lelaki dan polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mangsa ditemui bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri pada mangsa dan setakat ini kami belum dapat menemui lelaki itu kerana dia masih belum sedar," katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan