Kren Terbakar Di Tempat Letak Kenderaan

Diterbitkan: Jumaat, 20 Februari 2015 3:03 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebuah kren hangus 70 peratus dalam kebakaran di tempat letak kenderaan berat di Taman Layang-Layang, di sini, Jumaat.

Pegawai Bomba Kanan, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Jefri Mohd Uzus berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.48 pagi dan sebuah jentera bersama-sama tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Api berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan dipadam sepenuhnya 10 minit kemudian dan tidak menjejaskan kenderaan lain yang terdapat di situ, katanya ketika dihubungi.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Tags / Kata Kunci: kren , terbakar

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan