Penganggur Maut Dibelasah Rakan

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang penganggur maut akibat dibelasah  enam rakannya di Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang dekat sini pada Rabu malam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Abdul Samad Salleh berkata dalam kejadian 7.15 malam itu, mangsa dipukul dipercayai akibat kerosakan motosikal seorang daripada rakannya.

Mangsa yang berumur 23 tahun disahkan meninggal dunia ketika dibawa ke klinik berhampiran.

Beliau berkata sehubungan itu dua lelaki berumur 22 tahun dan 45 tahun yang merupakan suspek utama dalam kejadian itu berjaya ditahan sejam kemudian, sementara empat lagi masih diburu.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan