Pekerja Kilang Warga Myanmar Mati Ditikam

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 5:03 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang warga Myanmar mati dipercayai akibat ditikam rakan senegara di Kota Kemuning di sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias berkata mayat lelaki berumur 30-an itu dijumpai pada kira-kira 1 pagi dengan dua kesan tikaman di dada di sebuah rumah kedai dua tingkat yang dijadikan asrama pekerja.

Berdasarkan siasatan awal, dipercayai mangsa dan beberapa rakan minum bersama sejak petang semalam sempena cuti Tahun Baharu Cina.

"Susulan kejadian itu, polis menahan empat rakan mangsa untuk disoal siasat termasuk suspek utama.

"Kesemua mereka merupakan rakan sekerja mangsa dan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya sambil menambah motif kejadian masih dalam siasatan.

Tags / Kata Kunci: Warga Asing , Tikam

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan