Tiga Pasangan Berkhalwat, Lelaki Menyamar Penjawat Awam Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 4:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Tiga pasangan yang disyaki bersekedudukan dan seorang lelaki menyamar sebagai penjawat awam antara yang ditahan dalam Ops Bersepadu Tahun Baharu Cina, di sini awal pagi Khamis.

Pegawai Turus Operasi Darat Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu pejabat Polis Kontinjen Terengganu DSP Baharudin Abdullah berkata kesemua mereka ditahan dalam serbuan di beberapa hotel bajet dan sekatan jalan raya di sekitar bandar raya ini.

Katanya operasi yang bermula pukul 10 malam hingga pukul 2 pagi itu adalah sebagai usaha pencegahan bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri ini.

"Selain itu kita juga mensasarkan untuk membasmi kegiatan samseng jalanan, pendatang asing tanpa izin (PATI) serta kegiatan maksiat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas tamat operasi tersebut di sini.

Katanya dalam sekatan jalan raya di Kampung Pengadang Baru, pihaknya telah menahan seorang lelaki berumur sekitar 20-an kerana menyamar sebagai penjawat awam kononnya bagi mengelakkan diri daripada ditahan anggota polis.

Katanya dalam operasi selama lima jam itu, sebanyak 42 saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dan sebanyak 92 buah kenderaan telah diperiksa.

Beliau berkata 44 individu berumur antara 20-an hingga 40-an termasuk pondan telah diperiksa.

Baharudin berkata Ops Bersepadu itu melibatkan 137 pegawai dan anggota dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Polis, Imigresen dan anggota Rela.

Jelasnya operasi dan kerjasama ini akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan indeks jenayah di negeri ini dikurangkan.

Tags / Kata Kunci: Khalwat , Polis

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan