Kilang Sarung Tangan Terbakar, Rugi RM2.2 Juta - Berita Jenayah | mStar

Kilang Sarung Tangan Terbakar, Rugi RM2.2 Juta

Diterbitkan: Khamis, 19 Februari 2015 1:31 PM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Sebuah kilang membuat sarung tangan dan ambal kapas menanggung kerugian RM2.2 juta, apabila sebahagian daripada bangunannya musnah dalam kebakaran di kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana di Taman Makmur, Lunas, pada Rabu malam.

Dalam kejadian 7.33 malam itu, kira-kira 200 pekerja kilang yang kebanyakannya warga asing turut kehilangan mata pencarian.

Ketua Pegawai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Kanan Penguasa Ghazali Mahmud berkata, sejurus mendapat panggilan mengenai kebakaran itu pihaknya bersama 22 anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada 7.45 malam.

Pihaknya menurut beliau, turut dibantu 17 anggota bomba daripada Balai Bomba Hi Tech Park, Kulim dan 38 anggota bomba sukarela Kulim serta Seberang Perai hanya dapat mengawal kebakaran daripada merebak pada 9.45 malam.

Ratusan ribu sarung tangan getah yang telah siap untuk dieksport, musnah di dalam kebakaran yang besar itu," kata Ghazali ketika dihubungi.

Menurutnya, pihak foresnik bomba masih menyiasat punca kejadian.

Sementara itu, pegawai perakaunan kilang terbabit, Tan Eng Boo, 51, berkata, produk-produk yang dihasilkan oleh kilang terbabit adalah untuk pasaran tempatan dan luar terutamanya negara-negara Asia Tenggara.

Tags / Kata Kunci: Lunas , Kulim
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan