Polis Tahan Lelaki Miliki Senjata, Dadah Selepas Dikejar 800 Meter

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 7:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki setelah mengejarnya sejauh 800 meter semasa cuba melarikan diri semasa operasi rondaan cegah jenayah di Jalan 14 Kampung Baru Ampang, Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, semasa kejadian 6.40 petang itu, suspek berumur 24 tahun itu memecut kenderaannya ketika pasukan peronda polis menghampirinya di Jalan Cahaya, Pandan Cahaya, di sini.

Beliau berkata, pasukan peronda mengejar suspek sejauh 800 meter sebelum menahan kenderaan terbabit dan hasil pemeriksaan polis menemukan senjata berbahaya iaitu sebilah parang, pisau dan cota di dalam kenderaan suspek.

"Hasil pemeriksaan lanjut polis menemui dadah jenis syabu seberat 0.7 gram digenggami suspek dan heroin (3.9 gram)," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Khairuldin berkata, hasil pemeriksaan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis syabu selain mempunyai sembilan rekod jenayah lampau.

Tags / Kata Kunci: Kampung Baru Ampang , Khairuldin Saad , dadah

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan