Curi Baju Korporat Polis: Waspada Individu Menyamar

Diterbitkan: Rabu, 18 Februari 2015 9:00 AM

Pakaian korporat tidak rasmi anggota polis yang dicuri.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap individu yang menyamar sebagai anggota polis berikutan kecurian 30 helai baju korporat polis yang dijahit dengan nama pegawai berpangkat tinggi dari sebuah kedai dobi di Subang Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata kecurian itu akan mencetuskan implikasi yang serius jika pencuri memutuskan menggunakan pakaian tersebut untuk aktiviti jenayah.

"Orang ramai perlu meminta kad kuasa polis jika mana-mana individu yang mencurigakan mendekati mereka.

"Jika mereka gagal berbuat demikian, anda tidak diwajibkan untuk mengikuti sebarang perintah atau permintaan mereka," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Tambahnya, terdapat juga kemungkinan pesalah telah merancang untuk menggunakan baju yang dicuri untuk mengutip derma.

"Mereka (orang ramai) perlu berjaga-jaga dan tidak tertipu oleh penjenayah ini.

"Hubungi balai polis yang berhampiran jika anda masih tidak pasti," katanya.

Dilaporkan bahawa polis yang menyiasat kecurian tersebut bimbang pakaian tersebut digunakan untuk niat tidak baik. Mereka telah memberi amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.

Walaupun pakaian yang berwarna kelabu beserta garisan hitam itu bukanlah pakaian rasmi anggota polis, namun ia tetap mempunyai logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama jawatan dan nama pegawai.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata suspek mungkin menggunakan baju itu untuk menyamar sebagai pegawai polis bagi melakukan jenayah.

Beliau berkata, walaupun ia bukan pakaian rasmi polis, orang ramai mungkin tidak sedar jika ada pihak yang menyamar sebagai polis dengan memakai baju itu.

Baju-baju itu digunakan oleh pegawai-pegawai semasa program komuniti.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan