Suami Isteri Maut Digilis Lori Tangki

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 11:47 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sepasang suami isteri maut digilis sebuah lori tangki apabila motosikal yang ditunggangi mereka bergesel dengan kenderaan itu di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Teluk Intan dekat sini Selasa. 

Dalam kejadian kira-kira 12.55 tengah hari, Mohd Razali Mohd Saad, 65, berasal dari Parit 1 Barat, Sungai Besar dekat sini, dan isterinya Jahrah Daud, 49, berasal dari Kampung Ujung Permatang, Kuala Selangor, disahkan mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Mohd Taib Ahmad berkata pasangan suami isteri berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Kuala Selangor menghala ke Klang sebelum nahas itu.

"Kedua-dua mangsa dipercayai cuba memintas lori tangki itu namun tidak berjaya lalu bergesel dengan kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya susulan itu, kedua-dua mangsa terjatuh daripada motosikal sebelum digilis lori berkenaan dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Beliau berkata mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjung Karang dekat sini untuk bedah siasat.

Mohd Taib berkata pemandu lori tangki itu kini ditahan bagi membantu siasatan.
Tags / Kata Kunci: maut digilis , Supt Mohd Taib Ahmad

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan