Isteri Maut, Suami Parah Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda - Berita Jenayah | mStar

Isteri Maut, Suami Parah Kereta Bertembung Pacuan Empat Roda

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 2:39 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kilometer 6, Jalan Kimanis-Keningau, petang Isnin.

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, Chin Mui Pu, 51, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, rahang dan patah kedua-dua belah kaki.

Suaminya, Clement Ajik, 56, dan pemandu kenderaan pacuan empat roda berkenaan mengalami kecederaan parah serta menerima rawatan di Hospital Keningau.

Ketua Polis Daerah Keningau DSP Douglas Ngeying Taong ketika dihubungi Bernama berkata siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan hilang kawalan sebelum memasuki lorong lain lalu bertembung dengan kereta Chin yang dipandu suaminya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tags / Kata Kunci: Kemalangan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan