ESSCom Pantau Kumpulan Kongsi Gelap DI ESSZone

Diterbitkan: Selasa, 17 Februari 2015 4:02 PM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) sedang memantau aktiviti kongsi gelap yang dipercayai beroperasi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Komander ESSCom DCP Datuk Abd Rashid Harun berkata langkah itu penting bagi memastikan tidak ada pergerakan atau pertubuhan haram di ESSZone yang boleh memudaratkan keselamatan negara.

"Undang-undang negara tidak membenarkan sebarang kegiatan pertubuhan atau kumpulan kongsi gelap.

"Sebab itu, kami akan pantau keadaan bagi memastikan ESSZone bebas daripada kongsi gelap," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengisytiharkan pewartaan kumpulan kongsi gelap yang dipercayai beroperasi di negara ini.

Dua daripada kongsi gelap itu beroperasi di ESSZone iaitu Malin Kundang (Sandakan) dan Special Force (Lahad Datu).

Abd Rashid berkata walaupun jumlah pertubuhan kongsi gelap di ESSZone agak kecil, ESSCom tidak membiarkan kumpulan haram itu berkembang.

"Kami tidak mahu anggota kongsi gelap ini bergerak sesuka hati sehingga menimbulkan ketakutan kepada orang ramai," katanya.

ESSZone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau.

Daerah-daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Tags / Kata Kunci: Kongsi Gelap

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan