Dua Lelaki Yang Terbunuh Dipercayai Ahli Kongsi Gelap

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 12:22 PM

Suspek yang dikehendaki, Shanmugam Mohan.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua lelaki yang terbunuh di Banting dipercayai ahli kumpulan kongsi gelap yang berlainan.

Insiden terbaharu menyaksikan seorang lelaki berusia 26 tahun ditembak beberapa kali oleh penyerang ketika sedang memandu di Teluk Panglima Garang lebih kurang pukul 11 malam pada Hari Kekasih Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkat mangsa memandu seorang diri dikatakan dalam perjalanan menuju ke rumahnya selepas bertemu beberapa orang rakan sebelum kejadian.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa didatangi individu tidak dikenali lalu mereka melepaskan beberapa das tembakan ke arahnya sebelum melarikan diri.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian menemui empat kelongsong peluru dan sebutir anak peluru. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan jenis senjata api yang digunakan suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh dan setakat ini dua lelaki berusia 26 hingga 29 tahun sudah ditahan awal pagi tadi di sekitar Banting untuk membantu siasatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Ahad.

Mohd Adnan berkata, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan pergaduhan dan dadah.

Katanya, polis tidak menolak kemungkinan kes tembak itu mempunyai kaitan dengan unsur balas dendam terhadap kematian orang kanan sebuah kongsi gelap dalam kejadian pergaduhan di Telok Panglima Garang, Rabu lalu.

"Pergeseran dua kumpulan dalam aktiviti pengedaran dadah dipercayai menjadi motif dalam kejadian ini," katanya.

Tambahnya, lapan lelaki telah ditahan berikutan insiden di Jalan Pandang 2 Rabu lalu."Lapan lelaki yang berumur 19 hingga 34 tahun ditahan di Teluk Panglima Garang da Banting sehari selepas kejadian termasuk warganegara Nepal.

"Kami mencari lelaki berusia 31 tahun yang dikenali Shanmugam Mohan dari 14 Jalan Dendang 62 taman Sahabat, Teluk Panglima Garang yang dikaitkan dengan kes ini," katanya.

SAC Mohd Adnan menegaskan orang awam tidak perlu risau dengan insiden terbabit kerana pihak polis sedang menguruskan masalah kongsi gelap ini.

"Kami akan mengemaskini segala maklumat kepada media mengenai penangkapan terbaharu nanti," jelasnya yang turut meminta orang ramai menghubungi polis jika ada sebarang maklumat mengenai dua kes ini di talian 03-20529999 atau melaporkannya di balai polis berdekatan.

Tags / Kata Kunci: Dua terbunuh , Teluk Panglima Garang

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan