23 Pertubuhan Diisytihar Kongsi Gelap - KDN

Diterbitkan: Isnin, 16 Februari 2015 9:57 PM

Ahmad Zahid

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 23 pertubuhan di negara ini diisytiharkan sebagai pertubuhan kongsi gelap yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 355), menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), Isnin. 

KDN dalam kenyataan menyebut pengisytiharan itu dibuat Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dengan nombor pewartaan P.U.(A) 34/2015. 

Pertubuhan kongsi gelap tersebut adalah:

1. Geng 3821

 2. Geng Ngo Sek Kee

 3. Geng Gee Hor Sia

 4. Geng Chong Woh

 5. Geng Gee Long San

 6. Geng Gee It Leng

 7. Geng Gee Hon San

 8. Geng Guat Sam Sia

 9. Geng It Tiam Ang

 10. Geng Lian Heng Siah

 11. Geng Ang Mor Low

 12. Geng Sio Or Leng

 13. Geng Loong Foo Thong

 14. Geng 969 (Kow Lak Kow)

 15. Geng 32 Sar Jee

 16. Geng Chaun San

 17. Geng Fong Hong San

 18. Geng Jin Jee Tong

 19. Geng Gee Lam Kok

 20. Geng Hong Fah

 21. Knight of the Right Keepers @ Kappa Rho Kappa

 22. Malin Kundang (Sandakan)

 23. Special Force (Lahad Datu)

Semua pertubuhan berkenaan didapati menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini, seperti sindiket pengedaran dadah, pelacuran, perjudian dan mencuri kereta, menurut kenyataan itu.

Pertubuhan terbabit turut memeras ugut, menimbulkan pergaduhan di antara pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap, melakukan huru-hara dan penyeludupan.

Selain itu, terdapat pertubuhan yang dikenal pasti memberi bantuan logistik dan maklumat persembunyian pihak berkuasa di negara ini, kepada kumpulan penculik dari selatan Filipina seperti kumpulan KRK.

Selaras dengan pengisytiharan tersebut, maka tiada sesiapa boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo pertubuhan terbabit berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3)(b) Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, tiada seseorang boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pertubuhan kongsi gelap yang disenarai itu.

Pihak yang didapati menjalankan sebarang aktiviti pertubuhan-pertubuhan kongsi gelap yang disenarai akan disiasat dan didakwa di mahkamah kerana melakukan kesalahan di bawah Akta 355.

"Sebagai contoh Seksyen 6(2) dan 6(3), Seksyen 42 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966 serta Seksyen 142 Kanun Keseksaan," menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, masyarakat diminta memberi kerjasama dalam membantu usaha kerajaan membanteras jenayah dan pertubuhan kongsi gelap yang bercanggah dengan undang-undang sedia ada demi ketenteraman awam.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan