Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih RM50,000

Diterbitkan: Ahad, 15 Februari 2015 8:56 PM

ACP Rohaimi Md Isa (dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan bungkusan air ketum dan pelbagai jenis dadah yang dirampas dalam serbuan berasingan di sekitar Kota Baharu pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu pada Ahad. --fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis merampas pelbagai jenis dadah yang dianggarkan bernilai lebih RM50,000 dalam Ops Bersepadu Cegah Jenayah Khas  di sekitar daerah Kota Baharu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Rohaimi Md Isa berkata tiga suspek berusia 25 hingga 52 tahun ditahan dalam tiga serbuan berasingan yang dijalankan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kota Baharu.

"Kami menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di sebuah rumah di Kampung Betong Seberang di sini dan menemui 10 botol plastik bertudung kuning dipercayai dadah, 230 pil kuda dan 0.3 gram ganja yang keseluruhanya bernilai RM51,600.

"Suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan kami percaya dengan tertangkapnya suspek ini, kami berjaya melumpuhkan kegiatan pengedaran dadah di sekitar Pasir Mas dan Kota Baharu," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

Rohaimi berkata dua lagi suspek ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kampung Belukar Jenerih dan Kampung Wakaf Stan di sini.

"Kami merampas 600 pil kuda dan tiga botol cerah berisi serbuk putih dipercayai dadah yang jumlah keseluruhan bernilai RM7,350," katanya.

Rohaimi berkata kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada 11 Feb lalu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 27 tahun kerana menjual 32 bungkus air daun ketum di rumahnya di Kampung Bukit China di sini.

"Suspek ditahan pada 8 malam dan kami percaya suspek memperoleh bekalan air ketum dari Kemaman, Terengganu. Ia dijual kepada pelanggan tetap dengan setiap satu berharga RM20," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dadah

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan