Wanita Maut Akibat Tercampak Keluar Dari Ambulans, Tujuh Cedera

Diterbitkan: Sabtu, 14 Februari 2015 11:40 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan sebuah kereta di lampu isyarat simpang empat Bukit Kledang, Jalan Ipoh-Lumut, di sini, petang Jumaat.

Rawaidah Mad Saad, 32, meninggal dunia di tempat kejadian akibat tercampak keluar dari ambulans manakala tujuh lagi dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk menerima rawatan.

Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh DSP Wan Shaharuddin Wan Omar berkata dalam kejadian 7 petang itu, ambulans yang dinaiki enam penumpang bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda Accord.

"Kita sedang menyiasat bagaimana kejadian ini berlaku. Siasatan awal mendapati ambulans jenis Toyota Hiace yang dalam perjalanan dari Lumut sedang membawa ibu mangsa, Rohani Abdullah, 62.

"Rohani merupakan pesakit yang dirujukkan ke HRPB kerana mengalami pendarahan di kepala akibat terlibat dalam kemalangan di Lumut pada petang semalam (Jumaat).

"Ambulans tentera yang kebetulan berada di lokasi kemalangan membabitkan ibu mangsa, kemudian membantu untuk mereka ke HRPB," katanya.

Wan Shaharuddin berkata mangsa dibawa ke HRPB untuk bedah siasat.


Tags / Kata Kunci: Ambulans , ATM

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan