Stesen Minyak Disamun Lelaki Bersenjata Pistol

Diterbitkan: Jumaat, 13 Februari 2015 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pemilik stesen minyak kerugian RM5,000 selepas disamun dua lelaki di kedainya di Jalan Bukit Tambun, di sini malam tadi.

Jurucakap polis berkata dua lelaki bertopi keledar masuk ke stesen minyak itu pada 11.10 malam dan melarikan wang tunai RM5,000 daripada pejabat dan mesin daftar tunai stesen minyak berkenaan.

"Seorang lelaki bersenjatakan pistol memasuki pejabat pemilik stesen minyak itu dan mengarahkan pemilik stesen itu menyerahkan wang tunai kepadanya manakala seorang lagi bersenjatakan pisau menunggu di kaunter dalam stesen minyak itu.

"Bimbang dicederakan, pemilik stesen minyak berusia 49 tahun itu menyerahkan wang tunai RM4,000 kepada lelaki terbabit. Kedua-dua mereka melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya di sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Wan Hassan Wan Ahmad ketika dihubungi berkata hasil siasatan mendapati dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu menaiki motosikal Yamaha FZ biru hitam menuju ke arah Nibong Tebal.

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak dan kawasan itu bagi mengesan dua lelaki terbabit, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran.

Tags / Kata Kunci: Samun

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan