Wanita Dibunuh Di Bilik Tidur

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 10:55 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang wanita berusia 51 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan di leher di rumahnya di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan.

Mangsa ditemui ahli keluarga di bilik tidurnya kira-kira pukul 3 pagi Rabu.

Polis percaya mangsa dibunuh dan penyerang telah memecah masuk ekoran laci dibilik tidur dilihat terbuka.

Sumber polis memberitahu bahawa dua buah telefon bimbit didapati hilang dan senjata pembunuhan iaitu pisau diambil dari dapur rumah mangsa.

Tiga remaja berumur antara 15 dan 19 tahun ditahan untuk membantu siasatan.

Tags / Kata Kunci: Bunuh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan