Polis Tahan Lelaki Rampas Ganja RM2,000

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 1:12 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

TUARAN: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah dipercayai jenis ganja seberat 316 gram bernilai RM2,000 di Jalan Gayaratau Bundu Tahuri, Tamparuli semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tuaran ASP Juraimah Ismail berkata dadah itu ditemui di dalam kereta yang dipandu suspek berusia 30-an itu semasa  Unit Kereta Peronda Polis Tuaran memriksanya kira-kira 3.30 pagi.

"Polis menemui lima kiub (ganja mampat dalam bentuk kiub) dan 15 paket plastik pelbagai saiz berisi daun kering mampat dipercayai dadah jenis ganja," katanya di sini Rabu.

Juraimah berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tags / Kata Kunci: Dadah , Ganja

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan