Kartunis Zunar Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 12:02 AM

Kartunis Zunar ditahan berhubung kenyataan di Twitternya.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menahan kartunis Zunar berhubung tulisan di Twitternya yang mempersendakan institusi kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata Zunar ditahan di hadapan kediamannya di Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam.

Zainuddin berkata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwar Ulhaque, akan disiasat dibawah Akta Hasutan 1948.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan unit Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) untuk menjejaki dan menyiasat Zunar.

Zunar sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan di laman sosial Twitter menyebut: “Barua berjubah hitam bangga jatuhkan hukuman. Habuan dari tuan politik pasti lumayan.” selepas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara berkaitan kes liwat. 
Tags / Kata Kunci: Zunar , PDRM , Anwar Ibrahim

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan