Isteri Anggota Polis Maut Dikelar, Empat Remaja Lelaki Ditahan

Diterbitkan: Rabu, 11 Februari 2015 7:44 PM

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Fuad Abd Latiff (kanan) melawat anggota Polis Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanjung Malim, Sarjan Sallehuddin Hassan yang kematian isteri di rumah mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh pada Rabu. Foto BERNAMA

(Ubah saiz teks)

IPOH: Isteri seorang anggota polis ditemui mati, dipercayai akibat dibunuh, dengan kesan tikaman di leher di rumahnya di Taman Tanjung Mas, Tanjung Rambutan di sini awal pagi Rabu.

Mangsa, Izaah Abdullah, 52, isteri anggota polis peronda lebuh raya di Slim River, Tanjung Malim, ditemui di atas katil biliknya dalam keadaan berlumuran darah.

Ketua Polis Perak, Datuk Osman Salleh berkata susulan kejadian itu, polis menahan empat remaja lelaki berusia lingkungan 15 hingga 19 tahun, sekitar kawasan perumahan berkenaan serta Bercham antara pukul 6 pagi dan 8 pagi. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek menggunakan sebatang kayu untuk mengambil kunci yang disangkut berhampiran pintu masuk belakang rumah mangsa melalui tingkap sebelum bertindak mengambil sebilah pisau dalam kejadian pada kira-kira 3 pagi itu. 

"Seorang daripada suspek iaitu remaja yang berusia 17 tahun, dipercayai anak jiran mangsa. 

"Polis merampas tabung duit dan dua telefon bimbit daripada seorang suspek. Kita juga jumpa sebilah pisau di dalam rumah mangsa yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Strategik Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak 2015-2020 pada Rabu.

Osman berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian sedang diteliti. 

Sementara itu, anak mangsa, Zulfadhli Salehuddin, 27, seorang penjawat awam, berkata dia menemui ibunya dalam keadaan tertiarap di atas katil selepas pulang daripada berniaga secara sambilan awal pagi Rabu.

"Saya keluar berniaga sate kira-kira pukul 8.30 malam tadi, saya lihat mak sedang mengaji al-Quran sebelum saya keluar rumah. 

"Sewaktu saya balik, saya dengar jam loceng berbunyi dengan kuat, saya rasa pelik dan tak sedap hati...apabila saya masuk dalam bilik mak, saya lihat dia dah tertiarap dalam keadaan berlumuran darah. Saya kemudian meminta bantuan jiran untuk menelefon polis," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan