Polis Akan Siasat Exco Pulau Pinang Berhubung Khutbah Jumaat - KPN

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 7:22 AM

Khalid Abu Bakar.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan menjalankan siasatan terhadap anggota exco Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat berkenaan isu menutup aurat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi status akaun twitternya malam Isnin, berkata Chong Eng akan disiasat di bawah Seksyen 298 Akta Kanun Keseksaan.

"PDRM telah berkali-kali mengingatkan orang awam supaya berhati-hati membuat komen yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama, tetapi tidak juga diendahkan," katanya.

Media dalam talian melaporkan Chong Eng dalam kenyataannya pada Isnin mengkritik khutbah Jumaat minggu lepas oleh Jabatan Agama Islam yang bertajuk 'Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri'.  

Laporan itu memetik Chong Eng yang menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan.

Tags / Kata Kunci: Chong Eng

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan