Keadaan Di Istana Kehakiman Terkawal - Polis

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 5:58 PM

Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal keadaan keselamatan dan mengadakan kawalan ketat di kawasan perhimpunan penyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suasana di Istana Kehakiman di sini yang menjadi tumpuan ramai berikutan keputusan kes mahkamah melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Selasa, secara keseluruhannya terkawal sekalipun terdapat provokasi daripada penyokong ketua pembangkang itu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, tiada insiden keganasan dilaporkan sejak awal pagi sehingga semua mereka terbabit bersurai kira-kira 4 petang ini.

"Hanya satu tangkapan dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan (orang berkenaan) dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Istana Kehakiman.

Anwar gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai panel lima hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.

Sebaik hukuman diketahui umum kira-kira pukul 2 petang, penyokong Mohd Saiful yang berkumpul di perkarangan pintu hadapan Istana Kehakiman dilihat mula bersurai.

Bagaimanapun, kira-kira 500 penyokong Anwar yang berkumpul sejak 6.30 pagi enggan bersurai.

Ketegangan sedikit berlaku sehingga Unit Simpanan Persekutuan (FRU) memberikan amaran sebanyak tiga kali dengan membunyikan loceng.

Anggota FRU kemudian bergerak ke arah penyokong bagi membuka laluan kepada kenderaan polis yang difahamkan membawa Anwar keluar dari bangunan berkenaan.

Penyokong Anwar beredar sepenuhnya kira-kira pukul 4 petang.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan