Liwat II: Timbalan KPN Beri Amaran Kepada Penyokong Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 10 Februari 2015 8:20 PM

Kekecohan berlaku ketika kenderaan yang membawa Anwar keluar dari pekarangan Istana Kehakiman, petang Selasa.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Polis memberi amaran kepada penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhasrat untuk mengadakan protes berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan mendapati pemimpin pembangkang itu bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menggesa penyokong pemimpin pembangkang itu yang berhasrat berkumpul untuk tujuan itu supaya bertindak berlandaskan undang-undang.

"Jika mereka mahu menganjurkan (perhimpunan), mereka perlu mematuhi undang-undang. Jika mereka mahu memberi komen berhubung apa juga perkara, ia juga perlu dibuat mengikut undang-undang.

"Jika ada yang bertindak di luar batasan (undang-undang), pihak polis akan mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 6/2015 menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Noor Rashid berkata, beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada protes itu akan berlaku atau sebaliknya kerana pihak polis masih menjalankan analisa berhubung situasi itu.
Tags / Kata Kunci: Noor Rashid Ibrahim , Anwar Ibrahim , protes

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan