Tempoh Reman Lelaki Kelar Penuntut UiTM Disambung Hingga 16 Februari

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 4:41 PM

Nurshuda maut selepas dikelar seorang lelaki di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang, 2 Februari lalu.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Tempoh tahanan reman seorang lelaki yang mengelar leher penuntut perempuan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang di Kilometer 228.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada 2 Februari lepas, disambung tujuh hari lagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Superintenden Ismail Che Isa berkata Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Taiping N. Mageswari membenarkan suspek berusia 25 tahun itu direman sehingga 16 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Masih ada lagi rakaman percakapan saksi yang belum diambil dan kita akan memeriksa bil telefon suspek untuk melengkapkan kertas siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada kira-kira 12 tengah hari, mangsa Nursyuhada Johari, 20, bersama suspek menaiki kereta Proton Perdana menghala arah selatan.
 
Mereka dikatakan bertengkar di dalam kenderaan sebelum kereta itu berhenti dan mangsa kemudian keluar dari tempat duduk pemandu sebelum terjatuh di atas jalan.

Suspek kemudian keluar dan cuba menarik mangsa ke kiri jalan namun melarikan diri ke hutan berhampiran selepas menyedari kehadiran orang ramai di tempat kejadian.

Bagaimanapun, suspek kembali ke tempat kejadian untuk mengambil telefon bimbit di tempat kejadian dan kehadirannya disedari orang ramai yang kemudian bertindak menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Nursyuhada disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pada kira-kira 2 petang.
Tags / Kata Kunci: kelar , UiTM , Nursyuhada Johari

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan