Kastam Sabah Rampas Bunga Api Bernilai Lebih RM162,000 - Berita Jenayah | mStar

Kastam Sabah Rampas Bunga Api Bernilai Lebih RM162,000

Diterbitkan: Isnin, 9 Februari 2015 3:41 PM

Gambar Hiasan.

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas sebanyak 1,448 kotak bunga api bernilai RM162,945 di sebuah gudang di Jalan Ranggu Batu 8, di sini, Rabu lepas.

Timbalan Pengarahnya Yunos Tahir berkata, bertindak hasil maklumat awam dan risikan, sepasukan angota bahagian penguatkuasan telah menyerbu gudang berkenaan pada 4 petang.

"Hasil pemeriksaan mendapati 1,448 kotak bunga api disimpan di dalam gudang berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata, tiada tangkapan dibuat ketika serbuan itu, namun pihaknya telah mengenal pasti pemilik tanah dan gudang berkenaan.

Yunos berkata, hasil siasatan, pihaknya percaya bunga api tersebut adalah untuk pasaran tempatan dan dijual sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Katanya, rampasan bunga api itu merupakan tangkapan kedua di daerah ini, pada tahun ini.

Sementara itu, Yunus berharap orang ramai dapat terus memberi maklumat kepada Kastam sekiranya mengetahui mana-mana individu atau syarikat yang menyimpan atau memiliki bunga api dan mercun.

Tags / Kata Kunci: Kastam , Sabah , bunga api , Jalan Ranggu
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan