Lelaki Maut Kemalangan Lebuh Raya Karak - Berita Jenayah | mStar

Lelaki Maut Kemalangan Lebuh Raya Karak

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 9:23 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang lelaki disahkan maut dalam satu kemalangan membabitkan dua buah lori di kilometer 29 Lebuh Raya Karak.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor, Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 7.40 malam Sabtu.

"Lima anggota bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Selayang dihantar ke tempat kejadian," katanya.

Mohd Sani berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Halim Shamsuddin, 43, disahkan meninggal dunia oleh kakitangan perubatan di tempat kejadian manakala mangsa yang lain, Mohd Azwan, 25, cedera teruk dalam kejadian itu.

Kemalangan itu sedang disiasat.

Tags / Kata Kunci: Lebuh Raya Karak
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan