Polis Johor Tumpas Sindiket Edar Dadah

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 3:50 PM

Mohd Mokhtar menunjukkan hasil rampasan dadah bernilai RM1 juta susulan kejayaan polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran antarabangsa.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warganegara Malaysia dan Singapura menerusi serbuan di sekitar bandar raya ini dengan nilai rampasan lebih RM1 juta baru-baru ini.

Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, sindiket yang dipercayai diketuai warganegara Singapura berusia 46 tahun itu, dipercayai aktif membawa masuk dadah dari Malaysia ke Singapura.

Hasil serbuan pada 4 Februari lalu, sembilan ahli sindiket termasuk dua warganegara Singapura ditahan dan dadah jenis heroin, syabu, ketamin erimin dan ekstasi bernilai RM310,000 berjaya dirampas.

Turut dirampas dan disita ialah wang tunai dan pelbagai jenis kenderaan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM750,000, kata beliau kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, Ahad.

Beliau berkata, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 10 Februari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mohd Mokhtar turut mengucapkan terima kasih kepada Biro Narkotik Pusat Singapura atas kerjasama yang membawa kepada kejayaan rampasan itu dan mengharapkan agar ia dapat dimantapkan dalam usaha kedua-dua pihak membanteras aktiviti sindiket dadah seumpama itu.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menahan 1,872 orang membabitkan pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tahun ini sehingga 5 Februari.

Sepanjang tempoh itu, katanya, sebanyak 10.12kg dadah pelbagai jenis turut dirampas dengan nilai rampasan dan nilai sitaan harta masing-masing berjumlah RM380,000 dan RM1.5 juta manakala tangkapan warganegara asing adalah seramai 23 orang.




iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan