Polis Terus Buru Suspek Kes Tembak Di Bachok

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 11:42 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Polis sedang giat memburu seorang suspek bersama dua lagi rakan yang disyaki terlibat dalam kes menembak mati seorang peniaga di sebuah kedai peralatan binaan di Beris Lalang, Bachok, Khamis lepas. 

Anak perempuan peniaga itu cedera ditembak dalam kejadian tersebut.  

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya juga meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari kedai terbabit bagi mengenal pasti kesemua suspek yang terlibat. 

“Setakat ini kita percaya kesemua suspek berkenaan merupakan rakyat tempatan berdasarkan dialek yang digunakan dalam pertuturan dan hasil soal siasat yang dijalankan terhadap saksi," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera Ainul Wahida Mustaffar, 18, di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini, Ahad.

Dalam kejadian pukul 5.45 petang itu yang bermotifkan samun, peniaga Mustaffar Sidek, 52, terbunuh. 

Tiga lelaki bertopeng meluru masuk ke kedai berkenaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, dan meminta wang. 

Namun mereka tidak berpuas hati kerana hanya memperoleh RM1,000.  

Beliau berkata, polis telah menyerbu kediaman suspek namun mereka tiada di rumah kerana mengetahui polis sedang memburu mereka.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan