Aktivis Didakwa Dikaitkan SSKM Ditahan Di Lahad Datu - Berita Jenayah | mStar

Aktivis Didakwa Dikaitkan SSKM Ditahan Di Lahad Datu

Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Lima lagi aktivis yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan media sosial Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) ditahan di pantai timur Lahad Datu pada Sabtu.

Kesemua mereka terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki, ditahan pada kira-kira pukul 4 petang Sabtu ketika mereka cuba untuk mengumpulkan tandatangan petisyen bagi mendapatkan hak negeri untuk dipulihkan.

Bagaimanapun, polis masih belum membuat kenyataan rasmi berhubung penahanan terbaharu itu susulan penangkapan yang sama di Tuaran dekat sini, Ahad minggu lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mahupun Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Hamza Ahmad tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Salehudin Abdul Rahman berkata, adalah lebih baik untuk menunggu Jalaluddin mengeluarkan kenyataan kemudia kerana beliau tidak dipertanggungjawabkan untuk memberi komen berhubung perkara itu.

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang tampil di balai polis Laha Datu pada pukul 9 pagi Ahad untuk menyediakan wakil perundangan berkata, mereka sedang menunggu majistret untuk hadir apabila polis sedang mahu melanjutkan reman ke atas mereka.

"Kesemua lima orang ini telah ditahan semalam. Kami akan menunggu arahan daripada majistret petang ini," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan kelima-lima aktivis itu ditahan di bawah Akta Hasutan.

Pada Ahad minggu lalu, sembilan orang ditahan ketika mendapatkan tandatangan untuk sebuah petisyen untuk memisahkan Sabah di sebuah pasar di Tuaran pada kira-kira pukul 10 pagi.

Mereka yang ditahan berusia antara 24 dan 50 tahun, telah dibebaskan dengan RM2,000 atas jaminan polis pada sebelah petangnya.

Tags / Kata Kunci: Sabah Sarawak Keluar Malaysia
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan