12 GRO Vietnam Ditahan Dalam Ops Ikrar

Diterbitkan: Jumaat, 6 Februari 2015 12:07 PM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menahan 12 wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat hiburan di Seremban 2 di sini, malam Khamis.

Pengarahnya Faizal Fazri Othman berkata kesemua GRO yang berumur 18 hingga 30 tahun itu ditahan pada 9.15 malam Khamis, dalam Ops Ikrar oleh Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen negeri.

"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas," katanya di sini, Jumaat.

Katanya kesemua warga asing yang ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Lenggeng untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, Ops Ikrar adalah ops khas yang diperkenalkan oleh Ketua Pengarah Imigresen Datuk Mustafa Ibrahim dalam usaha memerangi pendatang asing tanpa izin.

"Lima negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor telah diarah untuk melaksanakan ops ini yang menumpukan kepada  premis-premis maksiat seperti kelab malam, rumat urut dan rumah perjudian," katanya.
Tags / Kata Kunci: GRO Vietnam , Ops Ikrar

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan